shopping

Assalamualaikum....

selamat pagi anak2 ummi.....pagi yang sangat sejukkan...kat batang kali ni airmata langit macam tak mahu berhenti dari mengalir.matahari seakan malu nak tunjukkan diri.....kalau lah ummi pun boleh manjakan diri waktu ni.....huhuhu...

melalui cuti CNY yang agak panjang.orang lain balik kampung tapi ummi sekeluarga ke rumah farah di nilai.nilai....?apa ada kat nilai ye...?hehehe....semua dah boleh teka.buat apa lagi kalau tak jalan2 buang duit!!!....

amboi.....dahsyat betul ayat tu....hahaha...sebenarnya ummi ajak abah kesana sebab nak cari barang2 untuk majlis farah nanti.ummi dah cuba survey kat tg.malim...rawang...gombak....semuanya tak berkenan di hati.pergi jakel n nagoya pun mahal semacam je.....nak masuk KL memang abah surender la.....setiap hari dah masuk KL buat abah jemu dan muak dgn bunyi hon dan serabut nak cari parking.tambah pulak kena bawak si kecik rania ni...huhuhu...memang angkat bendera putih la....

ummi ingatkan cuti macam ni nilai 3 tu sesak dgn org.tapi rupanya lengang je....boleh bersantai2 je sambil cuci mata.setiap kedai yang kami masuk kebanyakannya kosong.tapi sesuatu yang ummi paling tak suka....budak kedai asyik ikut je kemana kita pergi.huh!memang tak suka betul.

menjelajah dari 1 kedai ke kedai yang lain tak sedar masa berlalu.alhamdulillah.....dapat jugak yang berkenan di hati.2 hari di sana dapat jugak la beli hampir separuh barang untuk majlis farah tu nanti.


sebahagian kecil je ni....



isi dalamnye...?oooo....nantilah ye....ummi tunjuk sikit2 la nanti....tunggu....tapi nak bagi tahu....yang plastik beg BAGUS tu kain untuk baju nikah n sanding farah nanti.beli sekali dgn cik abang dia punya la.kalau beli asing2 nanti tak sama warna pulak.....ummi pergi cari kat nilai square.orang kata mahal tapi ummi pergi je saja jalan2 kat situ.konon nak masuk nagoya yang depan sekali tu.tapi...yang adooo....ntah apa2 kedai tu.dalam hati.....nagoya ke ni?

dah ada kat situ kami jelajah je la deretan kedai kat situ.pada ummi kedai BAGUS ni memang bagus lah.tapi kedainya tersorok sikit ke dalam.harga pun tak la mahal sangat.kualiti kain ok....layanan pun ok.ummi tengok kualiti macam kat jakel je pun.sama je....harga je lain.

kalau 2 pasang kain untuk baju melayu dan 2 pasang kain untuk dress bersama lace harga RM 277.70...ummi rasa dah cukup murah.berbaloi2.....tak caya...?pergi lah....




ummi anie

peringatan bagi yang terlupa

"NAUZUBILLAH, YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI DARI SIKAP TERKEJI SEPERTI INI, JADIKANLAH KAMI PARA ISTERI SOLEHAH PENGHUNI SYURGAMU, AMIN"

◕JENIS ISTERI CALON NERAKA◕

1- Tidak Suka Mengerjakan Solat

2-Suka Bercakap Bohong kepada Suami

3-Suka Berhias kepada Orang Lain selain Suaminya

4-Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh Suami

5-Tidak menghormati suami

6-Suka mencari musuh

7-Sombong

8-Tidak takut kepada Allah walau sedikit pun

9-Tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri bila membuat salah

10-Tidak mahu meminta maaf kepada suami

11-Tidak boleh menerima nasihat

12 -Degil dan keras kepala

13 -Merasakan diri lebih baik dari orang lain

14-Suka berpoya-poya

15-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

16-Suka memandang rendah kepada orang lain

"Nauzubillah, ingatlah wahai sahabat-sahabat sekalian, pintu taubat tidak pernah tertutup selagi kita masih bernyawa dan sebelum dunia ini kiamat, bertaubatlah sementara nadi masih berdenyut, selagi nyawa dan jasad masih belum dikembalikan kepada Maha Pencipta, CUKUPLAH MENYALAHKAN SESAMA SENDIRI, TIDAK ADA GUNANYA"

*Dipersilakan @[547102288638115:274:Like | Comment | Tag | Share]
♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( @[473053892717143:274:Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim] ) Syukran ♥
na'uzubillah....

"NAUZUBILLAH, YA ALLAH JAUHKANLAH KAMI DARI SIKAP TERKEJI SEPERTI INI, JADIKANLAH KAMI PARA ISTERI SOLEHAH PENGHUNI SYURGAMU, AMIN"

◕JENIS ISTERI CALON NERAKA...


1- Tidak Suka Mengerjakan Solat

2-Suka Bercakap Bohong kepada Suami

3-Suka Berhias kepada Orang Lain selain Suaminya

4-Tidak mensyukuri kesenangan yang diberikan oleh Suami

5-Tidak menghormati suami

6-Suka mencari musuh

7-Sombong

8-Tidak takut kepada Allah walau sedikit pun

9-Tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri bila membuat salah

10-Tidak mahu meminta maaf kepada suami

11-Tidak boleh menerima nasihat

12 -Degil dan keras kepala

13 -Merasakan diri lebih baik dari orang lain

14-Suka berpoya-poya

15-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar

16-Suka memandang rendah kepada orang lain

bunga penanggah kanak2

Assalamualaikum....

selamat pagi anak2 ummi yang manis.....semangat nak tayang hasil kerja tangan ummi yang pertama....

kata sorang jiran,awalnya buat persiapan....tapi bagi ummi,sebab ummi yang kena buat so adalah sangat wajar untuk ummi buat awal2.betul tak?

orang lain rasa masih awal tapi ummi rasa macam dah takde masa.kalau keje kita mengadap yang itu je takpe la kan....si manis bakal pengantin pun sibuk memanjang....sejak dalam hati ada taman ni...farah sakan buat OT.orang nak kawin la katakan.....hahaha...padan muka!dulu ummi n abah suruh simpan duit awal2 taknak dengar.sekarang ni baru dia tahu pening kepala nak keluar duit....amekaw!!!!!

meh!...meh!...meh sini...ummi nak tayang bunga yang ada dalam taman farah..ops!dalam taman ummi ok!...sebab farah tak tahu pun yang ummi dah siap buat yang ni....


basic




jadi dah...



bunga dalam taman ummi...



duduk dalam ni diam2 ye.....
kita jumpa lagi 6 bulan tau......

ini lah hasilnya.....hasil intaian dalam blog2 si cantik manis yang hatinya sedang berbunga2 ketika ini....hehehe....tapi yang ummi buat ni,ummi guna kain yang ada kat rumah je.lebihan kain langsir yang dok ada lagi kat bawah mesin jahit tu....ummi operet jadi macam ni.

sebelum ni ummi ingatkan banyak guna kain.rupanya...alahai....tak sampai semeter pun.ummi kira2 la....kos semua sekali termasuk butang,kain n benang ( ummi jahit je...tak guna gam pun ) tak sampai RM 10 pun.ummi dapat siapkan 28 kuntum untuk penanggah kanak2.kalau beli....maunya dekat RM 30 jugak rasanya.....huhuhu....bajet...bajet....

kenapa kanak2 pun dapat bunga...?sebabnya kat tempat ummi ni,kalau kenduri kawin...kanak2 yang paling seronok menolong.dari bersihkan meja,angkat cawan,angkat pinggan,basuh pinggan....sampai la kemas kerusi dan meja....kecoh denga suara kanak2.sebab tu la ummi sediakan bunga ni untuk mereka.

kalau sebelum ni semua berebut nak pakai bunga penanggah mak ayah masing2...kali ni biar la mereka dapat pakai bunga sendiri....tentu meriah dan berseri2 semua anak2 comel tu nanti kan....mmmm....tak sabar nak tengok mereka pakai bunga tu.....