sudah bermula....

Assalamualaikum....

hai.....apa khabar tetamu2 ummi pagi ni?ada yang dapat khabar gembira...?alhamdulillah....yang menerima khabar duka juga...alhamdulillah...Allah memilih kita untuk menerima dugaan itu agar kita menjadi hambaNya yang lebih bersyukur.....

lamanya tak update kat sini.tapi kat sini dah update dah...hehehe....letih jugak nak jaga 2 rumah ni ye....hehehe...padan muka!amekaw!!!...nak lagi buat rumah banyak2....

sekarang ni dah tak boleh bersenang lenang lagi dah.dalam bilik ummi tu dah penuh dengan barang2 farah.tuan diri nun duduk jauh kat sana.barang2nya ada kat sini.mmmmm....ummi tak paham2 ke.....settlekan la....

so....dengan gigihnya...menyiapkan sikit2 apa yang farah dah hantar balik ke sini.alhamdulillah....keperluan asasnya untuk hantaran dah hampir siap.Huh!...dia nak kawin...ummi yang terlebih sibuk....hehehe....

rupanya jadi mak pengantin ni pening jugak kepala ni.serba tak kena jugak la...pegang ni tak kena..pegang tu tak kena...dalam kepala ni semua nak buat...nak DIY la kononnya.ni semua penangan dok mengendap bilik2 pengantin..ops!mengendap rumah pengantin la....mana boleh intai bilik pengantin ok....hehehe....

bila berjalan ke rumah pengantin2 maya ni..macam2 yang depa tunjuk.berpinau la jugak biji mata ni....itu cantik...ini cantik....

untuk farah...rasanya dah 60% perancangan untuk majlisnya dah siap.oleh kerana majlis tunang n nikah bezanya cuma 3 bulan je....so persiapan untuk hari kenduri ummi buat juga walaupun majlis tunang belum berlangsung.pening weiii....pening.....















UMMI ANIE

No comments: